KORIDOR
UTILITI JOHOR

Agensi Sehenti (OSA) Bagi Koridor Utiliti Dan Duktus Gunasama Negeri Johor

Suite T3.1 Tingkat 3, Bangunan PIJ, Jalan Rebana off Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor
E-mail : corp.office@kuj.my

+6(07) 331 4872 (G/L)
+6(03) 2034 9545 (i-Fax)
Web : www.kuj.my
Kaedah Pembayaran
Melalui portal Koridor, terdapat beberapa kaedah pembayaran yang disediakan bagi kemudahan pengguna untuk membuat pembayaran. Bagi pendaftaran permohonan yang masih tertunggak bayarannya, prmohonannya tidak akan diproses.
Pembayaran Secara Atas Talian (Online).
Terdapat beberapa alternatif kemudahan bagi pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian (online) seperti Perbankan Internet, pemindahan dana/melalui akaun, debit/kredit kad, GIRO atau mesin deposit tunai. Berikut adalah beberapa kaedah pembayaran secara atas talian yang disediakan melalui portal Koridor:
Pembayaran Melalui Portal - Paypal.
Bagi pembayaran yang dibuat melalui portal Paypal, pengguna boleh memilih mode pembayaran melalui paypal ketika berada diruangan 'Pembayaran'. Klik pembayaran melalui paypal dan teruskan membuat transaksi pembayaran. Pengguna memiliki dua pilihan iaitu samada pembayaran melalui akaun paypal atau menggunakan mana-mana kad kredit atau debit yang dibenarkan. Sesetengah portal juga menyedia pemindahan melalui akaun iaitu EFT melalui akaun kad debit pengguna.
Pengguna atau pemegang akaun akan menerima notifikasi pembayaran melalui akaun paypal sebaik sahaja selesai membuat pengesahan pembayaran.
Pembayaran Melalui Perbankan Internet - FPX.
bagi pengguna yang ingin membuat pembayaran melalui Perbankan Internet atau kod transaksi EFT (Electronic Fund Transfer) pengguna mestilah mempunyai akaun di salah satu bank yang tertera seperti Maybank, RHB, Bank Islam dan sebagainya. Transaksi melalui pemindahan dana ini memerlukan verifikasi pengguna atau pemilik akaun. Sila pastikan anda mempunya dana yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi.
Pembayaran Melalui Mesin Deposit - CDM.
Pengguna juga boleh memilih untuk membuat pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai atau CDM. Apa yang anda perlu sediakan ialah:
1. Pergi ke mana-mana mesin deposit tunai bank cawangan Bank islam
2. Masukkan no Akaun bank Islam iaitu: BIMB
3. masukkan jumlah yang diperlukan.
4. Dapatkan salinan resit pembayaran melalui mesin CDM
5. Masukkan maklumat pembayaran ke dalam kolum pembayaran melalui CDM dalam borang
permohonan atas talian (online).
6. Tunggu pengesahan pembayaran sebelum permohonan boleh dihantar.
Pembayaran Tertangguh.
Bagi pendaftaran permohonan, pihak kami tidak lagi menerima sebarang pembayaran tertangguh (delayed payment) seperti cek, wang pos dan sebagainya. Sila hubungi Bahagian Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang membuka akaun penghutang (Debtor) dan kemudahan kredit bagi transaksi seterusnya.