top of page
Pendaftaran Kontraktor.
 

Setiap kontraktor yang dilantik oleh Penyedia Utiliti bagi menjalankan kerja-kerja pengorekkan jalan bagi pepasangan utiliti hendaklah berdaftar dengan Penyelia Utiliti. Maklumat kontraktor akan disertakan semasa membuat permohonan dan ketika permit dikeluarkan. 

 

Pendaftaran Maklumat Kontraktor melalui Sistem Koridor.

Penggguna dan Penyedia Utiliti hendaklah mendaftarkan serta melengkapkan maklumat penuh kontraktor-kontraktor yang telah dilantik ke dalam sistem Koridor secara atas talian. Maklumat kontraktor yang tidak lengkap atau telah disenaraihitamkan tidak akan diterima. Setiap pendaftaran akan diproses dalam tempoh tidak lebih 3 hari dari tarikh ia didaftarkan.

 

Anda boleh gunakan link disebelah untuk memulakan proses pendaftaran kontraktor anda. Bagi pengguna yang telah berdaftar, sila login ke sistem Koridor terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran.

 

Penyedia Utiliti adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat syarikat serta kontraktornya dari masa ke semasa bagi mengelakkan sebarang masalah ketika permit dikeluarkan.

Prosedur Pendaftaran

  1. Sebelum membuat sebarang permohonan, setiap pemohon hendaklah terlebih dahulu telah mendaftar sebagai pengguna sebelum boleh menggunakan sebarang perkhidmatan atas talian via KORIDOR.

  2. Pemohon mestilah sebuah syarikat utiliti yang berdaftar dengan suruhanjaya berkaitan dan berdaftar dengan Penyelia Utiliti melalui kaedah yang ditetapkan sebelum kerja dijalankan (rujuk kepada GP laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan - Klausa 6B (No. 3)

  3. Pengguna akan dikenakan caj pendaftaran sebanyak RM300.00 (sekali sahaja) bagi setiap pendaftaran syarikat atau pemohon. Bayaran ini termasuk caj pendaftaran sistem melalui KORIDOR dan 3 akaun pengguna. Tambahan caj sebanyak RM150.00 akan dikenakan bagi setiap satu tambahan akaun pengguna. 

  4. Setiap akaun pengguna akan akan menerima satu nama pengguna (user id) dan katalaluan dengan had storan sebanyak 10GB. Tambahan untuk quota storan boleh dibuat pada bila-bila masa melalui portal koridor.

  5. Pemohon yang ingin mendaftarkan syarikat mereka hendaklah menyediakan maklumat syarikat yang lengkap beserta dokumen-dokumen berikut ketika membuat pendaftaran:

    • No Pendaftaran Syarikat

    • Alamat perniagaan yang sah 

    • Borang 9

    • Borang D

    • Borang 49

    • Surat lantikan atau sijil dari Suruhanjaya Utiliti yang berkenaan

  6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima.

     

Pendaftaran Permohonan.
 

Setiap permohonan perlulah didaftarkan terlebih dahulu. Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal Sistem Koridor. Berikut adalah proses kerja yang menerangkan kaedah bagaimana permohonan didaftarkan ke dalam sistem.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syarat-syarat Am Pendaftaran Permohonan

 

  • Bagi kerja-kerja terancang  dan penggalian dalam kawasan Brownfield:

    1. Permohonan mestilah dibuat tidak kurang dari tempoh masa 1 bulan dari tarikh cadangan mula kerja.

    2. Jarak penggalian adalah lebih daripada 400m keatas dan tidak kurang dari 200m ke bawah.

    3. Kerja pengorekan adalah dalam kawasan sedia ada atau Brownfield manakala bagi kawasan baru atau kawasan Greenfield, sila majukan permohonan anda menggunakan Borang Pendaftaran Permohonan Greenfield.

    4. Satu pendaftaran permohonan adalah untuk 1 (satu) kawasan atau daerah atau Pihak Berkuasa Jalan (PBM) sahaja. Ini bermakna, jika terdapat kerja-kerja pengorekkan yang melibatkan 2 atau lebih (samada) melibatkan 2 daerah berlainan dan melibatkan 2 atau lebih Pihak Berkuasa Tempatan / Jalan, maka permohonan hendaklah dibuat secara berasingan untuk setiap satu daerah / PBT / PBM.

    5. Permohonan bertindih adalah tidak dibenarkan.

    6. Bagi kerja-kerja pengorekkan berulang, penyambungan permit adalah tidak dibenarkan. Satu permohonan baru perlu dibuat bagi setiap kerja pengorekan walaupun dalam lingkungan atau kawasan yang sama.

    7. Setiap permohonan perlulah disertakan jajaran koordinat lurang (trenching) bagi kerja-kerja pengorekan.

 

  • Bagi Kerja-kerja khas dan penggalian dalam kawasan Brownfield;

    1. Jarak penggalian adalah tidak melebih1 200m bagi setiap 1 (satu) permit.

    2. Proses Kerja bagi pendaftaran untuk kerja-kerja penggalian khas adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan permit kerja bagi kerja-kerja terancang.

 

  • Bagi kerja-kerja kecemasan atau penggalian luar jangka dalam kawasan Brownfield;

    1. Penyedia Utiliti hendaklah memaklumkan kepada Penyelia Utiliti sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam sebelum kerja-kerja tersebut dijalankan.

    2. Bayaran bagi wang proses permohonan sebanyak RM30.00 perlu dijelaskan ketika membuat pendaftaran permohonan.

    3. Bagi kontraktor yang mendaftar bagi pihak Penyedia Utiliti, satu laporan kerja kecemasan (seperti outage report) perlu disertakan sebagai bukti permohonan.

Pendaftaran Permohonan

Login Ke

Koridor

Pendaftaran

Permohonan

Bayaran Wang Proses Pendaftaran

Ulasan

PBM / PBJ

Permohonan

Izinlalu

  • Pemohon mestilah seorang pengguna yang telah berdaftar melalui sistem Koridor.

  • Perlu login ke dalam sistem untuk mendaftarkan permohonan.

  • Sila rujuk kepada senarai semak permohonan sebelum memulakan proses pendaftaran

 

  • Mendapat no permohonan bagi setiap pendaftaran

 

 

  • Bayaran caj pendaftaran adalah sebanyak RM 30.00

  • Bayaran boleh dibuat secara atas talian melalui Paypal, EFT, GIRO, FPX atau perbankan internet.

 

 

  • Makluman dan mendapatkan ulasan daripada Pihak Berkuasa Jalan

PBM = Pihak Berkuasa yang Meluluskan

PBJ  = Pihak berkuasa Jalan

 

 

  • Mendapatkan permit izinlalu daripada Pihak Berkuasa Jalan.

 

 

  • Memulakan proses kerja bagi mendapatkan Permit Kerja bagi kebenaran untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi kerja-kerja pepasangan utiliti dalam Kawasan Brownfield Koridor Utiliti.

 

Setiap permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan Permit serta kebenaran daripada Pihak Berkuasa jalan.

Kelulusan

Permit Kerja

Suite 3.1, Tingkat 3, Bangunan PIJ, Jalan Rebana, 80250 J.Bahru, Johor DT.

Bantuan Atas Talian melalui LiveChat
  • Facebook Basic Black
  • Twitter Basic Black

© 2014 by Koridor Utiliti Johor. Semua hakmilik terpelihara. 

Powered by:

bottom of page